FIBER OPTIK FENCING (PAGAR)
  FIBER OPTIK FENCING (PAGAR)
 





Product description :

FIBER OPTIK FENCING (PAGAR)

Dalam Gambarajah A Fiber optic digunakan sebagai perimeter fencing di mana fiber optik di pasang disekeliling pagar kawat disebuah pusat tenaga nuklear. Jika sekiranya ada sesiapa yang cuba menyentuh pagar tersebut, maka alarm akan dikeluarkan di control center beserta dengan lokasi pencerobohan tersebut. Konsep perimeter sensing adalah dimana perubahan kecil (sensitivity) pada cahaya yang berada dalam kabel fiber optik tersebut akan mengaktifkan alarm di control center.

Begitu juga dengan Gambarajah B dimana fiber yang bersifat sensing ini ditanam disekeliling tangki dan seterusnya disambung pada control center. Jika ada sesiapa yang cuba mencerobohi disekeliling tangki tersebut akan menyebabkan perubahan pada cahaya di dalam kabel fiber optik yang mana akan mengaktifkan alarm di control center.

Gambarajah C adalah lebih mirip pada power sub-station umpamanya TNB. Dalam gambarajah ini fiber di letakkan di atas pagar konkrit . Jika sekiranya ada pencerobohan dimana penceroboh cuba memanjat tembok akan menyebabkan perubahan pada cahaya dalam fiber optik yang mana akan mengaktifkan alarm di control center serta lokasi sebenar pencerobohan tersebut. Ataupun CCTV kamera boleh digunakan untuk meng"zoom" dan seterusnya mengambil gambar di lokasi pencerobohan tersebut.

 
Specification (PDF) :
Unavailable